Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 15, 2011

Tahiyat awal & akhir :)

Ok, dari sy asik mengarut2 ttg dri sy, ade baek nye sy mengingatkn & mdekatkn dri kpd Allah s.w.t.. Sekiranya d antara kwn2 yg bc blog sy n ade yg terlupa atau kdg2 main baca jer, x tau btol ke x bacaan tahiyat awal & akhir, leh rujuk kat sini..same2 la kte mperbaiki bacaan solat kte :)

Tahiyat Awal :

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasulullah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad”

Ertinya:

“Ya Allah, segala penghormatan, keberkatan, selawat dan kebaikan hanya milik-Mu ya Allah,- Wahai Nabi selamat sejahtera semoga tercurah kepada Engkau wahai Nabi Muhammad, – semoga juga Rahmat Allah dan Berkat-Nya pun tercurah kepadamu wahai Nabi,- Semoga salam sejahtera tercurah kepada kami dan hamba-hamba-Mu yang soleh. – Ya Allah aku bersumpah dan berjanji bahwa tiada ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau ya Allah, dan aku bersumpah dan berjanji sesungguhnya Nabi Muhammad adalah utusan-Mu Ya Allah. – Ya Allah, limpahkan selawat-Mu kepada Nabi Muhammad dan limpahkan juga selawat kepada keluarga Nabi Muhammad”

Tahiyat Akhir :

Setelah baca seperti tahiyat awal dilanjutkan dengan “…. kamaa solaita ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahim, wa baarik ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala aalihi saidina Muhammad, kamaa baarakta ‘ala saidina Ibrahim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahim, fil alamina innaka hamiidum majiid.”

Ertinya:

“…sebagaimana Engkau telah limpahkan selawat kepada Nabi Ibrahim dan juga kepada keluarga Nabi Ibrahim, dan berkatilah Ya Allah Nabi Muhammad dan berkatilah juga keluarga Nabi Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Nabi Ibrahim dan juga kepada keluarga Nabi Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”


Nota : Sekiranya ade kesilapan, tlg betul kn ye :D


Terima kasih kwn-kwn..


Next, sy akan bkongsi doa qunut plak ye..nanti kann.. ^_^

0 | comments |: