Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 2, 2012

Info untuk ibu bekerja..

JADUAL LATIHAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK IBU BEKERJA

Hari dan Mula Program
Hari
1-3
Hari
4-6
Hari
7-9
Hari
10-13
7.30-9.30
am
Susu Perahan
Susu Perahan
Susu Perahan
Susu Perahan
10.00-11.30
am
Susu Badan
Susu Perahan
Susu Perahan
Susu Perahan
12.30-1.30 t/hari
Susu Badan
Susu Badan
Susu Perahan
Susu Perahan
3.30-4.00
pm
Susu Badan
Susu Badan
Susu Badan
Susu Perahan

  • Mulakan latihan di atas sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum keluar bekerja
  • Pastikan pemberian PSI dilakukan oleh bakal penjaga bayi kelak, bukan ibu sendiri kerana bayi tidak dapat menerima cubaan yang dilakukan oleh ibunya sendiri.

PEMERAHAN SUSU
Pemerahan susu untuk simpanan waktu bekerja boleh dimulakan sejak dari dalam pantang. Mulakannya sebaik sahaja penghasilan susu ibu telah matang, iaitu bekalan susu telah banyak terhasil. Apabila pemerahan susu dilakukan dirumah, kebanyakan ibu mendapati lebih mudah untuk mendapatkan aliran susu yang laju apabila sebelah payudara dihisap oleh bayi manakala sebelah lagi untuk diperah. Dengan cara ini, susu dapat dikumpulkan dengan lebih cepat. Apabila di tempat kerja, dan bayi tidak bersama ibu, proses stimulasi atau rangsangan perlu dilakukan untuk memudahkan pengaliran susu. Cuba setiap satu dan pilih kaedah yang paling mudah dan berkesan.
- Ibu boleh meletakkan penuam panas di payudara untuk merangsang pengaliran susu.
- Kaedah urutan secara pusaran kecil di sekeliling payudara, diikuti usapan lurus dari bahagian atas dada ke arah puting dan kemudian menunduk ke bawah agar payudara mendapat tarikan graviti boleh membantu
mempercepatkan aliran susu.
- Membawa gambar bayi atau baju yang pernah dipakai oleh bayi dapat memberi kesan psikologi kepada ibu dan merangsang aliran susu bagi sesetengah ibu.

PENYIMPANAN SUSU
Penyimpanan susu secara teratur perlu dilakukan bagi memastikan kualiti susu ibu dikekalkan pada tahap maksimum. Pastikan setiap bekas penyimpan susu telah dibersihkan dengan sempurna. Labelkan setiap bekas susu mengikut tarikh dan masa perahan. Pada suhu bilik 18-22C (pejabat yang berhawa dingin), susu boleh kekal segar sehingga 8 jam. Di dalam peti sejuk, bahagian bawah, susu ibu boleh bertahan lebih kurang 3 hari. Di dalam peti sejuk satu pintu, di bahagian beku, susu dapat bertahan lebih kurang 2 minggu. Jika bahagian dingin bekunya berasingan(2@3 pintu), susu beku boleh tahan selama 3 bulan. Jika ibu berhasrat untuk menyimpan susu pada kadar yang lebih lama, lebih kurang 6 bulan, susu perlu disimpan di dalam bekas dingin beku yang mempunyai suhu tetap di bawah -19C. Susu beku yang akan digunakan perlu dinyahbekukan terlebih dahulu di bahagian bawah peti ais semalaman. Keluarkan dari peti sejuk jumlah susu yang akan digunakan sahaja dan rendam bekas susu itu di dalam air panas untuk menghangatkan susu sebelum diberikan kepada bayi.

0 | comments |: